Saturday, July 31, 2010

PETANQUE TRIPLE TERBUKA SRI AMAN DAN PIALA YB FRANCIS HARDEN HOLLIS


Sri Aman, Persatuan Petanque Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Pertandingan Petanque Triple Terbuka dan Piala YB Datuk Francis Harden Hollis pada 31 Julai dan 01 Ogos 2010 di gelanggang petanque SK Agama, Sri Aman. Seramai 59 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang terdiri daripada Bahagian Kuching, Sibu, Sarikei, Bintulu, tuan rumah Sri Aman dan termasuk pasukan jemputan dari negara Brunei Darussalam.


Barisan Pasukan Gerenek Sibu

Barisan Pasukan PGA Sibu

Sebahagian para pemain sedang beraksi

Sebahagian daripada para penonton yang
menyaksikan pertandingan petong

Para Urusetia Pertandingan

Inilah MC yang disegani dan banyak memberi
maklumat mengenai perlawanan

Barisan Pasukan Hornbill sedang beristirehat
selepas perlawanan

Pasukan Wanita Diplomatik Kuching
sedang menikmati minuman teh 'O ais

Barisan Pasukan Bahagian Sarikei

Thursday, July 29, 2010

Kejohanan Petanque Triple sempena Pesta Limau 2010 di Bintangor

Pandangan Hadapan
Gelanggang Kelab Petanque Daerah Meradong

Bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Triple Petanque
sempena
PESTA LIMAU BINTANGOR 2010

EXCO PEMUDA PBB NEGERI
Encik Radin Kedri sedang melontar boule
menandakan rasminya kejohanan Petanque
sempena Pesta Limau Bintangor

Bintangor, Kelab Petanque Meradong telah mengadakan Kejohanan Triple Petanque sempena Pesta Limau di bandar Bintangor pada 24 - 25 Julai 2010 di gelanggang petanque Meradong bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Meradong. Seramai 30 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang terdiri daripada pasukan Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Sarikei. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Exco Pemuda PBB Negeri, Encik Radin Kedri Bin Radin Budiman.

Abang Zack kita ni memang prihatin orangnya

Gerai orang rumah Abg Moktar ni boleh tahan juga,
tidak mau ketinggalan mencari rezeki
sempena Pesta Limau Bintangor

Apek ais kerim pun tidak mau ketinggalan
menyaksikan kejohanan Petong di Bintangor

Pasukan Bintulu

Encik Aziz kita berkata sesuatu dengan En Hamdan
sambil disaksi oleh pasukan Hornbill Sri Aman

Barisan Pasukan Road Warrior Sarikei
bersama
Pasukan Hornbill Sri Aman

Barisan Pasukan Hamka Team
dan
Road Warrior Sarikei

Johan Pasukan Sri Aman ( RM800.00 )
Hadiah di sampaikan oleh
Pegawai Daerah Meradong

Naib Johan Hornbill Sri Aman
( RM500.00 )

Tempat ke-3 Hamka Team Sarikei
( RM300.00 )

1st Borneo Inter Club Petanque Brunei Darussalam 2010


Sarikei Team

Barisan Pemain Sarikei dan Pemain Brunei

Sarikei, Persatuan Petanque Bahagian Sarikei mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam di atas Kejohanan 1st Borneo Inter Club Petanque Negara Brunei pada 16-18 Julai 2010 yang julung kali diadakan pada tahun ini. Kami pihak Persatuan Petanque Bahagian Sarikei mengharapkan supaya kejohanan seperti ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai sukan tahunan bagi Negara Brunei Darussalam. Saya mewakili semua persatuan di negeri Sarawak ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas layanan dan sambutan pihak Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam dan kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa terlanjur kata dan bahasa serta kelakuan yang tidak menyenangkan pihak tuan..

Sekian, terima kasih

ISMAIL BIN SULHI
Setiausaha
Persatuan Petanque Bahagian Sarikei

Suasana semasa mesyuarat
Pengurus-Pengurus Pasukan

Para Pegawai Persekutuan Petanque
Negara Brunei Darussalam

3 orang koboi

Pasukan MLNG Bintulu

Keadaan gelanggang selepas hujan

Pemain-Pemain sedang mengira point

Pasukan Bahagian Kuching

Barisan Pemain Hornbill Sibu dan Pemain Brunei

Barisan Pemain MLNG Btu dan Pemain Brunei

Para pemain sedang beristirehat semasa
menunggu giliran bermain

Jurulatih Brunei Songsak sedang
membuat ukuran


Gambar2 kenangan bersama Pasukan
Sarikei, Sibu, Sri Aman, Miri dan Brunei

Barisan Kontijen yang mengambil bahagian


Tetamu terhormat diperkenalkan
kepada para peserta kejohanan


Para Pemenang Pertandingan SHOOTING

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )