Monday, March 2, 2009

Aktiviti Kejohanan di SMK Santubong, Kuching

Encik Hamdan sedang kutip boules ke sampah......itu...?

Apalah nak dibincang oleh 3 Pemain Melaka itu.....?

Budak SMK Santubong ni tengah buat Poco-poco ke...?
Ni... Buat ukuran ke..?
Cari duit syiling hilang...?
Baru kamu orang tahu macam mana aku lontar.. ha..ha..
Abang kita ni tengah cari sasaran, sampai terkeluar gas beracun sehingga yang belakang tutup hidung....
Gambar-gambar semasa Kejohanan
Piala Sri Santubong Triples Master Petanque
Peringkat Kebangsaan
di SMK Santubong
14 - 15 Februari 2009
anjuran
Kelab Sukan Petanque Kuching

Persatuan Petanque Sarikei
melawan
Angkatan Tentera M'sia Selangor


Persatuan Petanque Sarikei
melawan
Polis Diraja Malaysia Selangor



Aktiviti yang pertama disertai oleh Persatuan Petanque Sarikei ialah menyertai Kejohanan Triples Masters Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Kelab Sukan Petanque Kuching (KSPK) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong pada 14 - 15 Februari 2009.

Sunday, March 1, 2009

GELANGGANG PETANQUE KPSU

Gelanggang Petanque ( Petong ) Sarikei telah dibina pada Disember 2008 di atas peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Ia terletak di dalam kawasan Kompleks Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarikei dengan keluasan 13 meter lebar dan 17 meter panjang. Gelanggang ini juga dilengkapi dengan Pondok yang 20 kaki lebar X 10 kaki panjang. Gelanggang ini boleh dikatakan 3 dalam 1 sebab ianya mempunyai 3 gelanggang tetap yang berukuran 4 meter lebar dan 15 meter panjang dengan garisan sempadan menggunakan tali. Gelanggang ini juga boleh dijadikan dalam dua gelanggang ataupun satu gelanggang semasa pertandingan separuh akhir dan akhir. Penyelenggaraan gelanggang petanque ( petong ) KPSU ini telah di amanahkan oleh Pegawai Penguasa KPSU kepada Persatuan Petanque Sarikei untuk menyelenggara gelanggang petanque KPSU dari segi membaikpulih, menjaga kebersihan ataupun dari segi keselamatan. Untuk itu Kelab Sukan Petanque telah menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa gelanggang untuk menjaga gelanggang petanque ini yang di Pengerusi oleh Encik Baharin Bin Madon. Gelanggang ini juga telah diberi nama sebagai 'GELANGGANG PETANQUE KPSU'.












Thursday, February 12, 2009



ENCIK BAHARIN BIN MADON
( PENGERUSI PPBS )
Jawatankuasa Persatuan Petanque Bahagian Sarikei 2009

Pengerusi : Encik Baharin Bin Madon
Naib Pengerusi : Encik Hanafi Bin Japarudin
Setiausaha : Encik Ismail Bin Sulhi
Pen. Setiausaha : Encik Rejmi Bin Rejeli
Bendahari : Cik Susilawati Bt Raie



Ahli-Ahli Jawatankuasa :-
Encik Rosmaini Bin Morshidi
Encik Dewie Bin Madeli
Puan Norazlina Bt Abdullah
Encik Norhazifi Bin Azim
Encik John Tair
Encik Abg Zakaria Bin Abg Wasli
Encik Wan Mahala Bin Wan Ini
Puan Timah Ak Rabing
Encik Kadir Bin Mahdi
Encik Ramli Bin Ah Nee

Tuesday, February 10, 2009

Encik Ismail Bin Sulhi ( Setiausaha )


Persatuan Petanque Sarikei telah ditubuhkan pada 22 Januari 2009. Idea penubuhan Persatuan ini adalah cadangan oleh Encik Ismail Bin Sulhi selaku Penyelaras Petanque Bahagian yang dilantik oleh Persatuan Sukan Petanque Sarawak pada 05 Jun 2007 ( surat rujukan PEPSAR/SUKMA 08 (Bil.7). Atas dasar keperluan dan penglibatan beliau yang begitu dalam untuk Sukan Petanque ini, beliau mengambil satu langkah yang berani untuk menyuarakan kepada Pegawai KPSU dan Pengusaha MSN Sarikei untuk menyediakan gelanggang Petanque untuk keperluan Remaja, Belia dan Dewasa yang berminat untuk mengetahui apa sebenarnya permainan Petanque itu. Atas kesabaran beliau Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi telah meluluskan untuk membuat 3 gelanggang Petanque. Oleh begitu minatnya beliau dalam sukan petanque, beliau sekeluarga telah menyertai mana-mana kejohanan Petanque yang pernah dianjur oleh Persatuan Petanque Sibu, KOPERKASA Cawangan Sibu, KOPERKASA Cawangan Kuching, Kelab Sukan Petanque Kuching dan yang terbesar ialah Sarawak Open Bintulu dimana penyertaannya disertai oleh Pemain dari Semenanjung Malaysia seperti Negeri Kelantan, Perak , Terengganu dan juga dari negara jiran Brunai Darulsalam. Beliau dan isteri pernah menghadiri Kursus Pengadilan Sukan Petanque Peringkat Negeri Sarawak 2007 di Bintulu anjuran Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu kerjasama Persatuan Petanque Sarawak. Persatuan Petanque Sarikei ( PPS ) ini juga sedang dalam proses untuk mendaftar Persatuan ini dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Setakat ini Persatuan Petanque Sarikei (PPS) mempunyai 32 orang ahli yang berdaftar dengan Persatuan.

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )