Untuk Kejohanan ini Pasukan Persatuan Petanque Sarikei (PPS) telah menghantar 2 pasukan iaitu Sarikei Team 1 & 2. Pasukan Sarikei Team 1 terdiri daripada En. Dewie Madeli, En. Rejmi Rejeli dan Adik Abd. Rahim mana kala Sarikei Team 2 diwakili oleh En. Ismail Sulhi, Pn. Salina Saat dan Adik Mohd. Saifuwan Ismail. Perjalanan dari Bandar Nenas Sarikei ke Bandar Minyak Bintulu memakan masa 5 jam menggunakan kenderaan. Pada tanggal 09.04.2009, jam 0430 petang kami bertolak dari Sarikei menggunakan kereta Unser En. Rejmi dan sampai di bandar Bintulu jam 0930 malam. Setibanya kami di bandar Bintulu, kami berhenti berehat untuk minum di sebuah kedai minuman. Selepas minum kami pun bertolak ke kampung Plan untuk bermalam.
Pada keesokkan harinya iaitu 10.04.2009, jam 0400 petang, kami pun bertolak ke gelanggang petong Kelab Kidurong Bintulu untuk menjalani latihan, di sana kami telah bertemu dengan ramai pasukan-pasukan yang sedang membuat latihan seperti pasukan Hornbill Sibu, PSKPP Bintulu, SKO, Miri dan lain-lain lagi. Ramai pasukan yang begitu giat berlatih walaupun cuaca pada petang sangat panas. Kami berlatih sehingga jam 0630 petang.
HOI...! DENGAR SINI..! AKU NAK CAKAP NI....
BOLEH TAHAN JUGA, TUAN HAJI KITA NI BILA DIA MARAH... HE..HE..
SAMPAI KITA MAKAN PUN KENA BERHENTI DIBUATNYA..
HOI..! CIKGU FUAD, CUBALAH MAKAN PERLAHAN2 SIKIT..
Pada malamnya cabutan undi dan taklimat telah diadakan di Kelab Kidurong Bintulu dengan dihadiri oleh ramai pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Yang Dipertua PEPSAR, Tuan Haji Othman juga turut hadir pada malam itu serta memberi serba sedikit taklimat dan peraturan pertandingan kepada semua pasukan yang hadir pada malam tersebut. Kami juga telah di jamu oleh pihak pengelola dengan jamuan yang cukup enak seperti Mee goreng, Mi Hoon goreng, Nasi goreng dan air oren jus. Cabutan undi pada malam itu berjalan dengan begitu lancar dan teratur...