Sunday, March 1, 2009

GELANGGANG PETANQUE KPSU

Gelanggang Petanque ( Petong ) Sarikei telah dibina pada Disember 2008 di atas peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Ia terletak di dalam kawasan Kompleks Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarikei dengan keluasan 13 meter lebar dan 17 meter panjang. Gelanggang ini juga dilengkapi dengan Pondok yang 20 kaki lebar X 10 kaki panjang. Gelanggang ini boleh dikatakan 3 dalam 1 sebab ianya mempunyai 3 gelanggang tetap yang berukuran 4 meter lebar dan 15 meter panjang dengan garisan sempadan menggunakan tali. Gelanggang ini juga boleh dijadikan dalam dua gelanggang ataupun satu gelanggang semasa pertandingan separuh akhir dan akhir. Penyelenggaraan gelanggang petanque ( petong ) KPSU ini telah di amanahkan oleh Pegawai Penguasa KPSU kepada Persatuan Petanque Sarikei untuk menyelenggara gelanggang petanque KPSU dari segi membaikpulih, menjaga kebersihan ataupun dari segi keselamatan. Untuk itu Kelab Sukan Petanque telah menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa gelanggang untuk menjaga gelanggang petanque ini yang di Pengerusi oleh Encik Baharin Bin Madon. Gelanggang ini juga telah diberi nama sebagai 'GELANGGANG PETANQUE KPSU'.












Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )