Friday, May 8, 2009

Program Pusat Pembangunan Sukan Petanque MSN Sarikei ( PPS )

Program Pusat Pembangunan Sukan Petanque di bawah Majlis Sukan Negeri telah bermula dijalankan pada bulan Januari 2009 di gelanggang SK Sarikei dan gelanggang petanque KPSU Sarikei. Dengan jumlah atlet yang mengikuti latihan seramai 20 orang dari sekolah menengah dan 15 orang dari sekolah rendah. Pusat Pembangunan ini telah di kendalikan oleh 2 orang jurulatih yang dilantik oleh Majlis Sukan Negeri, Sarawak iaitu Encik Ismail Sulhi dan Encik Dewie Madeli. Latihan ini telah dirancang dan diatur dengan mengikut garis panduan yang telah diberi oleh Majlis Sukan Negeri.
Pada peringkat permulaan, latihan yang dijalankan lebih bertumpu kepada teknik-teknik asas permainan petanque dan lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan. Antaranya adalah teknik asas memegang boules, lontaran, lambungan, pointing, menolak serta mengawal boules. Atlet-atlet juga digalakkan untuk bertukar pendapat serta pandangan dalam mempelajari teknik yang telah diajar. Walaupun masih di peringkat permulaan, para atlet menunjuk perkembangan yang baik dari segi penguasaan mereka terhadap teknik-teknik yang dipelajari.
Setelah para atlet sudah menguasa setiap teknik-teknik asas, para atlet diberi tunjuk ajar dan penerangan tentang serba sedikit teknik ketika membuat lantar, lambungan dan tolakkan. Walaupun kemudahan boules yang kurang agak menyukarkan latihan ini untuk dijalankan dengan lancar tetapi para atlet masih tetap bersemangat untuk turun berlatih dan seronok ketika melakukan setiap drill. Pada penghujung setiap kali latihan, satu mini game akan diadakan untuk memberi peluang kepada atlet mengaplikasikan setiap teknik yang dipelajari dalam susana permainan sebenar. Disamping itu, dengan adanya mini game ini, para atlet dapat belajar daripada kesilapan dalam teknik-teknik mereka. Atlet-atlet juga akan ditunjuk ajar ketika mini game jika mereka melakukan sebarang kesilapan.
Para atlet juga diberi sedikit maklumat tentang peraturan-peraturan petanque semasa mini game dimainkan. Dengan itu para atlet dapat pandangan secara ringkas tentang cara sukan petanque dimainkan. Para atlet masih berlatih teknik-teknik asas dalam setiap latihan cuma aspek yang dititikberatkan lebih kepada mini game.



Latihan Asas melontar dan lambungan

Latihan bertinggun/duduk

Latihan membuat lontaran lambungan





Penyertaan Atlet Pusat Pembangunan dalam
MINI GAMES

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )