Tuesday, February 10, 2009

Encik Ismail Bin Sulhi ( Setiausaha )


Persatuan Petanque Sarikei telah ditubuhkan pada 22 Januari 2009. Idea penubuhan Persatuan ini adalah cadangan oleh Encik Ismail Bin Sulhi selaku Penyelaras Petanque Bahagian yang dilantik oleh Persatuan Sukan Petanque Sarawak pada 05 Jun 2007 ( surat rujukan PEPSAR/SUKMA 08 (Bil.7). Atas dasar keperluan dan penglibatan beliau yang begitu dalam untuk Sukan Petanque ini, beliau mengambil satu langkah yang berani untuk menyuarakan kepada Pegawai KPSU dan Pengusaha MSN Sarikei untuk menyediakan gelanggang Petanque untuk keperluan Remaja, Belia dan Dewasa yang berminat untuk mengetahui apa sebenarnya permainan Petanque itu. Atas kesabaran beliau Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi telah meluluskan untuk membuat 3 gelanggang Petanque. Oleh begitu minatnya beliau dalam sukan petanque, beliau sekeluarga telah menyertai mana-mana kejohanan Petanque yang pernah dianjur oleh Persatuan Petanque Sibu, KOPERKASA Cawangan Sibu, KOPERKASA Cawangan Kuching, Kelab Sukan Petanque Kuching dan yang terbesar ialah Sarawak Open Bintulu dimana penyertaannya disertai oleh Pemain dari Semenanjung Malaysia seperti Negeri Kelantan, Perak , Terengganu dan juga dari negara jiran Brunai Darulsalam. Beliau dan isteri pernah menghadiri Kursus Pengadilan Sukan Petanque Peringkat Negeri Sarawak 2007 di Bintulu anjuran Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu kerjasama Persatuan Petanque Sarawak. Persatuan Petanque Sarikei ( PPS ) ini juga sedang dalam proses untuk mendaftar Persatuan ini dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Setakat ini Persatuan Petanque Sarikei (PPS) mempunyai 32 orang ahli yang berdaftar dengan Persatuan.

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )