Tuesday, July 28, 2009

KEJOHANAN PETANQUE TRIPLE TERTUTUP DAN JEMPUTAN BAHAGIAN SARIKEI 2009 25-26 JULAI 2009 DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN URBANISASI SARIKEI


Sarikei Pada 25 dan 26 Julai 2009 Persatuan Petanque Bahagian Sarikei telah mengadakan Kejohanan Petanque Triple Tertutup dan Jemputan 2009. Kejohanan ini telah berlangsung di gelanggang petanque Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarikei. Kejohanan ini telah di sertai oleh 23 pasukan yang terdiri daripada pasukan Myy Petanque Miri, G15 Bintulu, Bintulu Tora-tora, Grenek Sibu, Hornbill Sibu, Kesppen, KPSU Sarikei, Tumpik Bintangor, PSKPP Sibu, SMK Meradong, Samah3Debey, D.F.C dan Sarikei Team 1,2,3. Format kejohanan ialah Liga kumpulan dan Single Knockout. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Industri Makanan dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak.

Yang Berhormat Datuk David Teng Lung Chi
Menteri Industri Makanan Dan
Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak
sedang memberi ucapan perasmian kejohanan.

Pengerusi Persatuan Petanque Bahagian Sarikei Encik Baharin Madon
bersama YB Datuk David Teng Chi

Gambar Kenangan bersama
YB Datuk David Teng Lung Chi
bersama Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan






Para Peserta yang mengambil bahagian dalam
Kejohanan Petanque Triple


Encik Ismail sedang memberi Taklimat
kepada semua peserta sebelum Kejohanan bermula

( Final )
Pasukan Bintulu Tora-Tora
dan
Pasukan Grenek Alif Sibu


Pasukan Sarikei Team 2

Pasukan KESPPEN Sibu

Susana sewaktu acara FINAL

Pegawai KPSU Encik Munir Din menyampaikan
hadiah tempat ketiga kepada
Pasukan Sarikei Team 2
Trofi serta Wang Tunai RM200.00

Pegawai KPSU Encik Munir Din menyampaikan
hadiah tempat kedua kepada
Pasukan Bintulu Tora-Tora
Trofi serta Wang Tunai RM300.00

Pegawai KPSU Encik Munir Din menyampaikan
hadiah tempat pertama kepada
Pasukan Grenek Alif Sibu
Trofi serta Wang Tunai RM500.00

Sarikei Pada 26 Julai 2009, Perlawanan akhir antara Pasukan Grenek Alif Sibu menentang Pasukan Bintulu Tora-Tora untuk merebut tempat pertama dan kedua, manakala untuk tempat ketiga dan keempat pasukan KESPPEN menentang Sarikei Team2. Perlawanan akhir di adakan pada pukul 03:00 petang dan tamat pada pukul 05:00 petang. Keputusan perlawanan akhir telah di menangi oleh Pasukan Grenek Alif Sibu yang diwakili oleh Majidi Omar,Shahrul Nizam dan Muhd. Zekrullah manakala pasukan Bintulu Tora-Tora diwakili oleh Wahed Kep, Lai Mehili dan Ramli Ludin. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Sarikei Team2 dan keempat pasukan KESPPEN Sibu. Johan telah membawa wang tunai sebanyak RM500.00, Naib Johan RM300.00 dan ketiga RM200.00. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarikei iaitu Encik Munir Din.


Bergambar kenang-kenangan bersama-sama
Pemenang-Pemenang dalam
Kejohanan Petanque Triple Tertutup dan Jemputan
Bahagian Sarikei 2009

Pasukan Grenek Sibu

Grenek 'BOLEH' itulah slogan Pasukan Grenek Sibu

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Petanque Bahagian Sarikei ( PPBS )

Sarikei Petanque Association ( SPA )